Alhamdulillah...
Kami panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memberi kami peluang untuk menyempunakan satu projek yang telah lama kami nanti-nantikan ,iaitu Lawatan ke SMKA Tok Jiring, Terengganu Darul Iman.. Lawatan selama 1 hari itu memberi seribu erti kepada kami walaupun masa yang diperuntukkan agak singkat.. Alhamdulillah.. Kami berasa begitu terharu dengan sambutan baik yang diberikan oleh warga SMKA Tok Jiring. Pertemuan secara langsung bersama-sama dengan pengawasnya, atau dikenali sebagai Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) memberi ilham kepada kami untuk lebih mempertingkatkan lagi mutu kepimpinan badan pengawas SMKA Naim Lilbanat. Banyak cerita dikongsi, pertukaran pendapat, cetusan idea dapat dititipkan daripada pengalaman yang tidak ternilai itu..
Jutaan terima kasih dari kami buat Encik Mazihar, guru penasihat badan Pengawas SMKANL, merangkap ketua lawatan, Puan Hasiah dan Puan Wan Shafiah, selaku kaunselOr pelajar yang sudi mengiringi delegasi Pengawas ke SMKA Tok Jiring, semua pengawas, dan jutaan terima kasih juga kami rakamkan kepada barisan MPP dan semua warga SMKA Tok Jiring.
Syukran Jazilan..
Sesungguhnya, 23 Jun 2008 telah melakar satu memOri yang tidak ternilai buat kami, Badan Pengawas SMKA Naim Lilbanat..
" Sirih berlipat di atas peti,
mari dimakan bersama isteri,
sambutan Tok Jiring kami hargai,
Kalau bOleh nak datang lagi.."
2 comments:
Kenangan manis
Kenangan manis
Post a Comment