Monday, February 11, 2008

Membentuk jati diri melalui amalan doa


Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Sesungguhnya, dalam jasad manusia ada seketul darah, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik, sebaliknya jika ia rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak”.


Doa adalah senjata orang beriman, tetapi sejauh manakah kita menggunakan senjata ini bagi menghadapi segala masalah yang menghantui diri kita?.

Imam al-Ghazali dalam kitab ‘Mau‘izatul Mukminin’, menggariskan beberapa tatacara amalan berdoa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

Antara adab berdoa ialah:

lMemilih waktu, masa dan tempat yang sesuai, malahan terbaik, spt pada bulan Ramadan, hari Jumaat iaitu di antara dua khutbah,tengah malam, serta di
Masjidil Haram di Makkah

Menghadapkan muka ke arah kiblat,menadah kedua belah tangan tinggi-tinggi, menyapu tangan ke muka selepas selesai

Merendahkan suara antara perlahan dan kuat dan tidak melampaui, sehingga nada seperti orang bersajak dan bersyair

Berdoalah dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, mengharap dan berasa takut kalau-kalau doa tidak dimakbulkan

Hendaklah bersikap tetap diri dalam berdoa dan yakin bahawa doanya akan dimakbulkan Allah. l Berdoalah bersungguh-sungguh dan jangan sesekali berputus asa. Sebaik-baiknya, diulangi sehingga tiga kali.

Hendaklah dimulakan dan diakhiri dengan menyebut nama Allah dan puji-pujian kepada-Nya serta mengucapkan salam ke atas Rasulullah saw

Membersih dan menyucikan hati dengan banyak memohon ampun dan bertaubat sebelum berdoa.


Oleh itu, amalkanlah doa dalam kehidupan bagi memiliki sifat jati diri itu.

No comments: