Saturday, February 23, 2008
Thursday, February 14, 2008
TAMRIN QIADI

Tepat jam 2.00 ptg, pada 31/1/08, kelihatan para peimpin Naim yg terdiri drpd Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Rakan Sebaya, Badar, dan Exco Asrama berlari-lari menghampiri 3 buah bas. Tp sayang sejuta kali sayang, PPS dan Exco Asrama terpaksa menunggu trip yg terakhir.
Jam 4.10 petang, kesemua pemimpin berjumlah 173 org berjaya menjejakkan kaki di tanah Gelora Beach Resort. Sesampai kami di sana, angin pantai mula membuli kami dengan ganasnya. Pandangan kami mula tertanAAcap pada air laut yg ‘hyperactive’ menghasilkan gelora yang ganas. Terdetik di hati nurani kami “Oh, patutlah nama Gelora Beach Resort!!”
Program bermula tatkala matahari menghilang, bulan mengambang. Sesi ice-breaking oleh pemimpin benar-benar berbeza drpd kem-kem sebelum ini. Para pemimpin diminta mencari rakan-rakan yg lahir pada bulan sama seterusnya membuat 5 circle yang semakin mengecil dan seterusnya dibahagi kumpulan sebanyak 17 kumpulan.
Keesokan harinya, ketika insan-insan lain enak dibuai mimpi, para pemimpin mula menyegarkan diri dgn zikir-zikir dan solat sunat seterusnya solat subuh diimami Ustaz Sayyidi. Jam 8.30 pagi ceramah bermula. Seterusnya, sesi LDK 1. Para pemimpin diminta membuat ‘presentation’ tentang rumusan ceramah tersebut.
Sesudah habis nasi sepinngan, kami menuju ke surau utk solat zohor berjemaah. Seterusnya, kami tamrin ini diteruskan dengan aktiviti ‘talk show’ yg dipengerusikan oleh fasilitator, Kak Farahiyah Ismail dan barisan ahli panel terdiri daripada wakil pengawas, iaitu Kak Ya, Kak Nisah wakil PRS, Kak Ana wakil PSS dan Badar diwakili oleh Kak Siti. Sesudah itu, kami solat Asar dan aktiviti riadah dilakukan. Semua pemimpin teruja ntk menyertai aktiviti riadah dilakukan. Semua pemimpin teruja utk menyertai aktiviti riadah ‘ala-ala explorace kat TV 3!’
Selepas itu, kami bersiap utk solat maghrib. Aktiviti diteruskan lagi dgn acara kembara malam. Lima orang fasilitator dr Jaiputra diundang khas bg melaksanakan aktiviti ini. Kumpulan 1 hingga 9 menjalani aktiviti outdoor manakala selebihnya melakukan aktiviti indoor. Sejurus selepas itu, kami dibenarkan utk menikmati keindahan tidur.
Keesokan harinya, kami diminta membuat rumusan tentang kem ini. Seterusnya kami mengemas barang masing-masing untuk pulang ke sekolah. Sesudah makan tengah hari, kami pulang menaiki bas Naim.
Monday, February 11, 2008
Membentuk jati diri melalui amalan doa
Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Sesungguhnya, dalam jasad manusia ada seketul darah, jika ia baik, maka seluruh jasad akan menjadi baik, sebaliknya jika ia rosak, seluruh jasad akan menjadi rosak”.
Doa adalah senjata orang beriman, tetapi sejauh manakah kita menggunakan senjata ini bagi menghadapi segala masalah yang menghantui diri kita?.
Imam al-Ghazali dalam kitab ‘Mau‘izatul Mukminin’, menggariskan beberapa tatacara amalan berdoa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.
Antara adab berdoa ialah:
lMemilih waktu, masa dan tempat yang sesuai, malahan terbaik, spt pada bulan Ramadan, hari Jumaat iaitu di antara dua khutbah,tengah malam, serta di
Masjidil Haram di Makkah
Menghadapkan muka ke arah kiblat,menadah kedua belah tangan tinggi-tinggi, menyapu tangan ke muka selepas selesai
Merendahkan suara antara perlahan dan kuat dan tidak melampaui, sehingga nada seperti orang bersajak dan bersyair
Berdoalah dengan penuh rasa rendah diri, khusyuk, mengharap dan berasa takut kalau-kalau doa tidak dimakbulkan
Hendaklah bersikap tetap diri dalam berdoa dan yakin bahawa doanya akan dimakbulkan Allah. l Berdoalah bersungguh-sungguh dan jangan sesekali berputus asa. Sebaik-baiknya, diulangi sehingga tiga kali.
Hendaklah dimulakan dan diakhiri dengan menyebut nama Allah dan puji-pujian kepada-Nya serta mengucapkan salam ke atas Rasulullah saw
Membersih dan menyucikan hati dengan banyak memohon ampun dan bertaubat sebelum berdoa.
Oleh itu, amalkanlah doa dalam kehidupan bagi memiliki sifat jati diri itu.

Thursday, February 7, 2008

Subscribe to:
Posts (Atom)