Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, rimbunan kesyukuran dirafakkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, dapat jua akhirnya blog badan pengawas smka naim lilbanat direalitikan dari sebuah imaginasi..tidak lupa jua selawat dan salam buat junjungan agung Muhammad S.A.W, qudwah hasanah yg abdi dlm meniti perjuangan hdp ini..
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum diucapkan kepada semua yang baru sahaja melayari blog pengawas smkanl..kunjungan anda semua amatlah dialu2kan..
Selaku pemimpin, pertukaran idea dan pendapat yang bernas amatlah diperlukan bagi memantapkan lagi organisasi yang dipimpin.oleh itu, diharapkan blog ini dapat menjadi medium bagi sebarang pertukaran pendapat, idea, pertanyaan, teguran dan sebagainya..dalam masa yang sama, pintalan ukhuwah Islamiah dapat bersemi antara serta kemanisan bersaudara dapat dirasaperjuangan seorang pemimpin, adakalanya ditimpa pelbagai dugaan dan menduga kesabaran. namun tiadalah yang lbh brmkna dalam kmus hdp seorg pmimpin melainkan pengalaman dalam memikul taklifan ini. justeru, buat bdn pengawas sesi 2008, kuatkan semangat, teguhkan iman..sama2 lah kta memartabatkan smkanl di peringkat tertinggi..insya Allah~
*sahsiah cemerlang, puteri gemilang*
Ketua Pengawas ____________________________________________________________________
Pemegang amanah membawa tanggungan yang cukup berat. umpama seekor keldai yang membawa muatan menyeberangi lautan melalui titian yang kecil. Perjalanan yang jauh memerlukan kesungguhan, kepercayaan, keseimbangan, semuanya bergabung menjadi satu aset dalam diri. Tersilap langkah, hilang pertimbangan lalu terhumban ke dalam laut. Jika mengalah di pertengahan jalan, mustahil untuk sampai ke destinasi bersama muatan yang dibawa, melainkan muatan tersebut dihumban ke dalam laut bagi memudahkan perjalanan. Jika itu yang berlaku, maka pemilik keldai pasti menghukumnya dengan seberat-berat hukuman.
Analogi yang cukup sinonim dengan amanah ke atas kita, pelajar yang membawa gelaran pengawas. kita harus melalui kehidupan di sekolah sambil membawa amanah yang wajib ditunaikan. tersilap langkah pasti gagal dalam mana-mana bidang, pelajaran atau tugas sebagai pengawas. Justeru, kesungguhan, kelembutan, kepercayaan, keseimbangan amatlah perlu bagi memastikan kedua-duanya SUKSES.
Jika kita gagal melaksanakn tugas dengan sehabis baik, maka kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sama-samalah kita memberikan yang terbaik agar pelajaran terkehadapan, kepimpinan terbilang, syakhsiah gemilang.
Akhir kata, pesanan kepada semua ahli, letakkan fokus pembelajaran di tempat pertama, tetapi jangan letakkan faktor kepimpinan di tempat kedua dan seterusnya. Fikir-fikirkanlah. Wassalam.
____________________________________________________________________
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Kuasa atas segala kurniaan dan 'inayahnya, titipan selawat serta salam buat Habibullah, para sahabat & mereka yang berada di landasan yang lurus hingga hari kemudian kelak.
Sebelum kalam menghimpit ruang, ana ucapkan terima kasih kepada antum yang sudi melewati blog kami ini. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, alang-alang sudah bertandang, ayuh sama-sama kita cetuskan satu revolusi baru dalam b'kepimpinan dan b'ukhwah. Jadikan laman kami sebagai wahan perkongsian idea untuk sama-sama kita manfaatkan dalam memenuhi visi dan misi organisasi di samping mengejar wawasan diri. Semoga penubuhan blog ini akan mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar Smka Naim khususnya, dan amnya kepada semua mereka yang bergelar pemimpin.
'Ketahuilah setiap dari kamu adalah pemimpin
dan kamu bertanggungjawab ke atas kepimpinanmu'
Penolong Ketua Pengawas
__________________________________________________________________
''the way to gain a good reputation is to endenvor of what you desire to appear"
so, disini saya berharap agar organisasi badan pengawas tahun ini akan lebih mantap dari segi pengurusan dan jalinan ukhwah antara pengawas serta pelajar Smka Naim. Semoga reputasi pengawas Naim akan terus cemerlang, gemilang & terbilang. Insyaallah
No comments:
Post a Comment