Monday, July 27, 2009

Oops!...



Assalamualaikum...
10 jari disusun, ampun dan maaf dipohon..
terlalu lama rasanya masa yang diambil untuk bersua kembali...
komitmen lain yang tidak dapat dielakkan juga
masalah - masalah yang timbul dalam usaha memastikan post kali ni
dapat menjadi medium perkongsian pengalaman
yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila - bila.


Kem kepimpinan pada kali ini telah diadakan dalam
minggu cuti penggal pertama..
Pusat Kokurikulum Tangok! here we come!!
Barisan pemimpin pelajar diminta untuk berkumpul di kawasan berdekatan pagar sekolah,
tak nak tertinggal pulak nanti..hehe

Pada jam 2.30 petang...kami bertolak ke Tangok! First trip, kami telah menaiki bas sekolah dan selamat tiba di destinasi...Trip yang berikutnya, pihak sekolah telah menyewa
dua buah bas sekolah mini...

Setelah selesai menunaikan solat Asar, kami telah dikumpulkan di dewan besar
bagi sesi taklimat oleh staf dan jurulatih di sana.
'Rela dipimpin untuk memimpin'
itulah kata - kata keramat yang menjadi motto organisasi
Pusat Kokurikulum Kelantan Kem Tangok
' Seluar dalam stokin dalam kasut'
Hah??..ape tu? kami diingatkan untuk memastikan seluar track
sentiasa dimasukkan ke dalam stokin dan stokin dalam kasut...slipper is not allowed!
Pergerakan para peserta pula sama ada dalam
barisan berlari anak atau berkawad.
Suatu perkara yang paling ditunggu - tunggu oleh kami..
kami diberitahu jika terdengar bunyi wisel sebanyak 3 kali..
maka hendaklah
meniarap
dalam posisi pipi di atas tanah dan kaki disilang!!
namun mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan
bunyi wisel sebanyak 3 kali
tidak kedengaran sepanjang kem di sana..oh ruginya..
Para peserta dibahagi kepada dua kumpulan..kami menginap di
Asrama Perempuan dan menumpang di Bilik Rehat Jurulatih Perempuan!..

Nak tau??...sepanjang berada di sana, setiap kali waktu makan..
kami akan menjamu selera di Dewan Makan..nasi bungkus..banyak pulak tu nasi..
Finger licking goood tuuu..alhamdulillah kenyang dibuatnya..kami diingatkan supaya
tidak membiarkan gegelang getah di atas meja tetapi
menyangkutnya di tempat yang telah disediakan.
Dua baldi yang berbeza juga telah disediakan bagi kami
mengasingkan pembungkus nasi dengan baki makanan..
Satu pengajaran yang kami belajar daripada peraturan ini..
janganlah membazir..sedih juga tatkala melihat banyak juga baki makanan yang dibuang
ada baiknya mereka sediakan baldi dan tong yang berlainan..
Setiap kali waktu makan, salah seorang peserta akan
mengetuai bacaan doa sebelum dan selepas makan..



( patik mohon ampun, insyaAllah..lain kali jumpa lagi ok?? )