Friday, February 13, 2009

Gotong-royong

+ Gotong - royong Pengawas +
Penyeliaan Exco Keceriaan dan kerjasama pengawas


"Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing"

terukir senyuman

walau setinggi mana akan ku capai..


Sekalung terima kasih dihulurkan kepada para pengawas yang
bersama-sama turun padang dan memberikan komitmen untuk
melancarkan lagi aktiviti kita ini.

Majlis Tertinggi 2009

Majlis Tertinggi
Badan Pengawas 2009



+ Ketua Pengawas +
Nur Hafizah Abdul Shukor

+ Pen. Ketua Pengawas +
Azmaniran Azman

+ Setiausaha +
Norfarha Waheeda Razri

+ Naib Setiausaha +
Nur 'Aliya Mohd Shukri

+ Bendahari +
Farah Nabilah Abdullah

+ Naib Bendahari +
Tuan Zul Ajma Tuan Ahmad

Lembaran baru..


Bismillahirrahmanirrahim,

Salam sejahtera pembuka bicara,
Kepada anda pengunjung setia,
2008 telah melabuhkan tirainya,
Tahun 2009 menerbang tiba.

Di kesempatan ini, pihak kami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kelewatan untuk mengemaskini blog pengawas kerana terdapat beberapa masalah dan kesulitan yang kami telah cuba sedaya upaya usahakan untuk menyelesaikannya sebaik mungkin.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dapat kita bersama-sama lagi, meniti perjuangan dalam era baru 2009, yang penuh arus pancaroba dan liku-liku kehidupan, untuk sama-sama kita tempuhi dengan penuh semangat, kekuatan dan keimanan yang mantap. Tidak lupa jua selawat dan salam buat junjungan agung Muhammad S.A.W, qudwah hasanah yg abdi dalam meniti perjuangan hidup ini..

"Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka".
(H.R. Al-Hakim)

Sabda Nabi s.a.w. :

" Kamu semua adalah pemimpin dan semua kamu akan diminta pertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"

Seseorang pemimpin, tidak mudah ditumbangkan dek angin mahupun ribut taufan melanda. Seseorang pemimpin, akan berusaha mendidik dan memimpin menuju kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Semoga tahun 2009 ini, membuka lembaran yang penuh kemanisan dan keredhaan daripada Allah swt. Buat Badan Pengawas Naim 2009, tingkatkan dan teguhkan iman, kuatkan semangat, betulkan niat...Marilah kita sama-sama membawa SMKANL ke mercu kegemilangan disamping membentuk jati diri, sahsiah dan akademik yang cemerlang..
InsyaAllah ~