KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH MENENGAH & RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
2008
SEKOLAH MENENGAH & RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
2008
Bertempat:
SMKA NAIM LILBANAT,
KOTA BHARU,
KELANTAN
Pada:
19 HINGGA 22 OGOGS 2008
SMKA NAIM LILBANAT,
KOTA BHARU,
KELANTAN
Pada:
19 HINGGA 22 OGOGS 2008
19 OGOS 2008
Semua kontinjen Kursus Kepimpinan Pengawas daripada setiap negeri tiba di perkarangan SMKA Naim Lilbanat seawal jam 10.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Peserta kursus ini terdiri daripada 156 orang pelajar lelaki dan 173 orang pelajar perempuan. Pada malam hari, sesi taklimat diadakan. Kami menyanyi lagu tema kursus iaitu 'Warisan' dengan penuh bersemangat. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.
[ketibaan kontijen dari luar]
[penghulu & penghuluwati]
20 OGOS 2008
Semua peserta berkumpul di Dewan Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada jam 9.15 pagi diikuti dengan ketibaan tetamu kehormat. Majlis perasmian berlangsung kira-kira 3 jam itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis diserikan dengan Tarian Asyik.
Pada jam 2.20 tgh hr, kami berada di Pusat Inovasi Batik untuk aktiviti mencanting batik. Setiap peserta diberi satu cebisan kain bercorak batik dan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti masing-masing. Selepas itu, kami beriadah. Pada jam 9.40 mlm, sejurus slps solat Isya' berjemaah, En. Mohd Khalid b. Wok (Abah) menyampaikan ceramah yg bertajuk 'Ciri-ciri Pemimpin'.
[riadah]
21 OGOS 2008
Pada hari ketiga, aktiviti kami dimulakan dengan ceramah 'Pengucapan Awam' oleh cikgu Raja Zulkifli Raja Omar. Aktivit diteruskan dgn forum 'Kepimpinan Pelajar Pewaris Negara'. Nur Amirah Bt Aziz, ahli badan pengawas Naim telah menjadi salah seorang ahli panel. Kemudian, kursus ini diteruskan dgn eksplorasi kepimpinan. Kami telah diberi pelbagai tugasan. Pada malam pula, sesi refleksi diri diadakan.
[forum]
22 OGOS 2008
Majlis luahan perasaan & perpisahan diadakan selepas sarapan pagi. Para peserta beransur pulang. Perkarangan Naim kembali lengang. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan.
[kontijen kelantan]